Monday, March 3, 2008

...bait-bait permulaan...

sebuah hati berbicara lagi,
tentang diri,
tentang dunia,
hidup dan mati.

bisakah masa dihitung jari-jemari?
mungkinkah saat kaku sedetik?
memberi ruang menghela manis hidup,
membina impian tuk sehari lagi.

andai masa itu kaku sedetik lagi,
akan ku titip kalimah kemaafan,
buat insan-insan,
yang aku aku sayang,
yang aku kasih,
yang aku rindukan,
dek ketidaksempurnaan,
yang aku zahirkan.

andai itu berlaku,
aku pasti gusar,
aku pasti tersasar,
jiwaku pasti mati,
kerana,
hanya kerana,
aku mengharap pada
mimpi yang pasti-

tidak menjadi.

No comments: